Bulan Julai ini merupakan bulan Teknik dan Vokasional bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, Ampang, Selangor.

Lantaran itu, salah satu aktiviti yang dijalankan untuk pelajar-pelajar Ekonomi Rumah Tangga (ERT) bagi sekolah ini adalah Pertandingan Membuat Baju daripada Surat Khabar.

Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan mereka dikehendaki mereka cipta pakaian dengan menggunakan elemen-elemen yang telah dipelajari daripada subjek ERT yang bertajuk Jahitan.

Lihat sahajalah pelbagai hasil rekaan para pelajar yang sungguh kreatif dan berseni. Ada kumpulan yang menghasilkan rekaan pakaian ala puteri bangsawan, gaun berserta bunga besar di kepala dan sebagainya. Sukar untuk menentukan pemenangnya! Anda sendiri pun boleh membantu dalam membuat penilaian pemenang.

 

Kredit: Hazlina Johan, Guru SMK Dato’ Ahmad Razali