ADA guru yang mahu kekal sebagai guru biasa sepanjang karier perguruan, namun ada yang bercita-cita ingin bergelar guru besar atau pengetua.
 
Ini satu perkongsian seorang guru besar muda, Cikgu Firdauz Abdullah.
 
Melalui laman FB beliau, Cikgu Firdauz berkongsi ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru yang mahu memegang tampuk tertinggi dalam pentadbiran di sekolah.
 
Walaupun telah dua tahun perkongsian beliau tentang ini, mungkin pengalaman beliau ini boleh memberi inspirasi kepada guru di luar sana.
 
Sedikit perkongsian pengalaman buat sahabat-sahabat yang ada cita-cita nak menjadi PGB.

Apa yang aku senaraikan, adalah berdasarkan pengalaman yang tak seberapa.

Cuma diberi peluang untuk belajar melalui masalah dan isu yang timbul.

1. Kewangan Sekolah

Kena tahu lah selok belok buku tunai, baucer bayaran, urusan cek keluar dan batal, pecahan PCG, SUWA, lajur yang ada dalam buku tunai, PWR dan JANGAN tandatangan apa-apa cek atau kelulusan kewangan tanpa dokumen lengkap!

Jika tidak, maka bolehlah berlakunya ABT dan ABB. Jawabnya, audit berteguran!

Paling ngeri ialah audit tanpa pendapat! Bila mana tiada apa-apa dokumen atau dokumen tidak lengkap untuk diaudit.

Tatacara kewangan bolehlah dirujuk melalui pekeliling yang boleh didapati melalui web Akauntan Negara, Audit Negara, KPM dan JPN masing-masing.

Salah percaturan dan mengurus, surcaj lah jawabnya!

Maka, belajarlah dari JU Kewangan ditempat anda, cari juga buku-buku terbitan IAB mengenai isu-isu kewangan disekolaj.

Mahirkan juga dengan sistem eSKPWS, kalau ditakdirkan tiada kerani kewangan, maka kau pun boleh uruskan kewangan jika terdesak!

2. Gaji Guru dan AKP

Saya pernah mengesan gaji terlebih bayar pada mantan penjawat awam yang sudah berpencen selama lebih 5 tahun!

Ya, 5 tahun dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM230,000.00!

Penat nak jawab dan nak uruskan, ini terjadi jika tuan-tuan yang nak berpencen tidak menyemak sama ada baucer gaji akhir telah dibuat atau tidak.

Juga boleh berlaku jika PGB tiada akses kepada eGaji, dan tidak menyemak 'master pay-roll' seluruh kakitangan dibawah anda.

Akses ini boleh diperolehi melalui Jabatan Akauntan Negara.

Pastikan juga komitmen pinjaman kakitangan kau tidak melebihi 60%. Jika terlebih, bolehlah siasat dahulu mengenai kemampuan kewangan mereka sebelum dilaporkan kepada pihak atasan jika diminta.

Fahamkan juga bahawa gaji diurus oleh Jabatan Akauntan dan pencen diurus oleh JPA.

Dua badan yang berbeza.

3. Perolehan dan Aset

Bab ni kebanyakan tempat ada isu dan masalah.

Biasanya lepas beli terus guna tanpa ada rekod dan selepas itu tiada pelupusan dibuat bila masa sudah sampai.

Buatlah tuan-tuan dan puan-puan, kerana harta benda yang dibeli adalah menggunakan wang rakyat Malaysia.

Pastikan ia berekod, boleh mulakan dengan perolehan tahun semasa kerana semua dokumen sokongan masih ada.

Mulakan dari pejabat, bilik guru, kelas-kelas dan kemudian bilik-bilik khas. Biasakan yang betul, dan nanti ia akan jadi budaya.

Jangan disebabkan kecuaian, harta benda yang sudah dibeli tidak dapat dikesan. Masalah lah dikemudian hari!

4. Pengurusan Fail

Bab ni jangan risau sangat, pastikan sekolah ada Daftar Fail Sekolah je. Format boleh dimuat turun dari Jabatan Arkib dan JPN masing-masing.

Tambahan pula, setiap JPN ada keluarkan SPSK (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti) sebagai panduan, kau pandai-pandailah sesuaikan mengikut keperluan sekolah masing-masing.

PASTIKAN pengurusan fail seiring dengan keperluan SKPMg2 yang memerlukan kita kemukakan evidences.

Bab keluar masuk surat sangat-sangat penting, itu sebagai bukti hitam putih jika ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Harap-harap tidak la

Buat masa ni, itu sahaja yang sempat aku kongsikan. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang membantu aku dalam mengurus kewangan dan kerja-kerja perkhidmatan.

InsyAllah, nak juga aku buku kan bab pengurusan ni. Kiranya macam satu Manual Garis Panduan PGB: Hari Pertama.. Kah kah kah

Sebab tak pernah jumpa buku macam tu, harap pada pengalaman abang-abang dan kakak-kakak PGB senior je.

Ok lah, selamat bertugas!

Tip Menarik:

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta

Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal