Setiap pelajar pastinya mahu menghasilkan sesebuah karangan bahasa Melayu yang menarik, bermutu, berkualiti dan karangan bertaraf A+.

Dalam erti kata lain, mahu menarik minat dan keseronokan mereka yang membaca karangan tersebut.

Penghasilan sesebuah karangan turut menggunakan penanda wacana iaitu perkataan atau rangkaian perkataan berfungsi untuk menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis atau berucap.

Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mulia, Kuala Lumpur, Cikgu Haslindar Nor Ismail berkongsi tip menggunakan penanda wacana berimpak tinggi dalam karangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau menjelaskan penanda wacana amat penting dalam sesuatu penulisan terutama dalam penulisan karangan SPM.

Tambah beliau, penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan lain dan satu ayat dengan ayat yang lain sehingga terbentuk kesatuan yang utuh.  

“Dalam lain perkataan, penanda wacana ini digunakan untuk menyambungkan ayat dengan ayat yang lain, menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain dan melahirkan ayat-ayat dan perenggan yang berkesinambungan, gramatis serta bermakna.

“Apabila murid menggunakan penanda wacana dalam karangan, maka dapat menepati ciri-ciri karangan cemerlang. Penanda wacana akan menjadi berimpak tinggi apabila murid memasukkan ungkapan menarik dalam penanda wacana tersebut,” katanya.

Berikut ialah contoh penanda wacana yang telah digabung jalin dengan ungkapan menarik.

Semoga ilmu dan perkongsian bermakna ini dapat dimanfaatkan sebaiknya pelajar khususnya bagi calon SPM dalam menghasilkan karangan bermutu serta berimpak tinggi.