SEMUA sudah sedia maklum markah paling minima untuk mencapai MTM di peringkat sekolah telah ditetapkan sebanyak 40 markah iaitu gred D.

Untuk rekod calon dan ibu bapa, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan hanya mengeluarkan gred  di dalam slip keputusan UPSR tanpa dinyatakan jumlah markah yang diperolehi.

Tiada markah dipaparkan di slip.

Calon GALUS memerlukan sekurangnya hanya 32 markah daripada 80 markah yang disediakan dalam K1 dan K2 untuk mencapai MTM di peringkat sekolah.

Guru perlu sediakan lebih soalan latihan K1 kepada calon GALUS kerana dengan menguasai fakta yang pelbagai di soalan K1 dapat membantu mereka menjawab dengan lebih efisien di K2 seterusnya.

Soalan menguji KPS (kecuali soalan KPS komunikasi) yang memerlukan teknik menjawab yang khusus di K2.

UPSR 2017 misalnya, terdapat hanya 16 soalan.

Baki 24 soalan lagi di K2 memerlukan calon menguasai elemen pengetahuan dan kefahaman dalam topik-topik sains tahun 1-6. Di sinilah alasannya calon GALUS harus diberi lebih latihan K1 dalam tempoh masa kritikal ini.

Antara cadangan pecutan akhir yang boleh dijalankan oleh guru sains dan calon UPSR dalam tempoh singkat ini ( lebih kurang 2 minggu sebelum UPSR ) ialah :

1. Sediakan 2 set soalan K1 akhir tahun Sains Tahun Tiga KSSR dan jadikan latih tubi.

Ulang sebanyak 2 kali bagi setiap set soalan supaya murid dapat ingat topik dan konstruk soalan tahun 3. Untuk rekod cakupan konteks soalan UPSR sains merangkumi semua bidang pembelajaran berdasarkan KSSR  tahun 1 - 6.

Dengan melakukan latih tubi yang sama ini secara berulang kali mudah mudahan dapat membantu calon “recall” semula topik tahun 3 dengan lebih efisien.

Apabila selesai bahagian ini barulah guru teruskan dengan latihan soalan – soalan K1 percubaan negeri, soalan sebenar K1 UPSR tahun-tahun sebelum ini dan sebagainya.

2. Latih calon GALUS membaca soalan K1 dan K2 bermula dari tepi nombor soalan.

Ini bertujuan agar mereka tidak terlepas pandang sebarang maklumat yang boleh membantu mereka lebih faham kehendak soalan.

3. Semasa membaca pilihan jawapan A B C D di K1, latih calon GALUS supaya sentiasa merujuk rajah, jadual, graf, teks, grafik, perbualan atau sebarang stimulus lain yang disediakan semasa menjawab. Sentiasa ingatkan murid skill ini.

4. Jelaskan kepada calon GALUS sehingga mereka faham kepentingan masa bahawa setiap soalan K1 hanya diperuntukkan masa kepada mereka lebih kurang 1 minit 50 saat untuk memilih jawapan.

Jangan terlalu lama di soalan yang dirasakan sukar. Tinggalkan seketika soalan sukar jika perlu. Mereka hanya perlukan 16–20 soalan betul untuk MTM !

5. Latih murid tanda jawapan di kertas soalan dan segera pindahkan dalam masa yang sama ke kertas jawapan objektif – OMR.

Kanak kanak berumur 12 tahun dan ke bawah lebih cenderung melakukan kesalahan semasa memindahkan maklumat dari kertas soalan ke kertas jawapan secara berterusan.

6. Beri rewards kepada calon GALUS yang mendapat markah paling tinggi setiap kali selesai sesi perbincang latih tubi.

Tak perlu yang mahal-mahal cukup sekadar pujian dan sebiji dua gula-gula sudah memadai. Pujian di depan rakan-rakan adalah motivasi paling BESAR!

7. Jaga kesihatan !!

Sumber: Cikgu Ruzi, SK Seri Pantai

TIP MENARIK:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Tip akhir menjelang UPSR, guru ini kongsi rahsia cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR