Baru-baru ini,bermulalah sesi persekolahan pertama bagi murid dan pelajar di seluruh Malaysia.

Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil  Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi  Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan  Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara, akan mengikuti persekolahan secara bersemuka.

Manakala semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Bagi Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor, dirinya ada pandangan tersendiri berkenaan PdPR yang diikuti oleh murid dan juga pelajar di luar sana.

“Saya harap, pandangan ini dapat diberi perhatian oleh semua pihak yang berkaitan,” katanya seperti dipetik menerusi laman facebooknya.

Ikuti perkongsian guru muda ini.

*****

Pada saya, untuk tempoh PdPR ni cikgu-cikgu dan pentadbir perlu bersikap toleransi.

Tak perlu beri lambakan kerja yang belum tentu murid buat.

Fokuskan pada kemahiran asas, kemudian selitkan video-video yang berkaitan. Kalau dapat mengajar secara atas talian adalah lagi bagus.

Sebagai cikgu, kita pun kena faham ada ibu bapa yang berkerja.

Jadi mereka tak punyai masa untuk semak setiap satu kerja anak-anak. Yang ada masa pula mungkin mereka tak mahir nak sampaikan ilmu seperti cikgu-cikgu di sekolah. Lagi-lagi untuk subjek sekolah menengah.

Lagipun anak-anak ni kalau dengan ibu bapa sendiri, akal mereka lain macam sikit. Ada sahaja idea nak mengelak dan banyak alasan. Itu yang sampai mak-mak bertukar jadi singa, hulk dan berbagai lagi watak yang menakutkan.

Jadi kita saling memudahkanlah. Cukup satu atau dua subjek sahaja untuk satu hari. Satu muka surat latihan pun dah mencukupi.

Kita saling memudahkan. Kita mudahkan kerja parents, dalam masa yang sama, kerja kita nak menanda pun tak banyak. Jadi, kita boleh gunakan masa yang ada untuk pelbagaikan idea penyampaian.

Betul tak?

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel menarik

Ibu bapa kongsi gambar anak berbaju sekolah ketika kelas maya, Cikgu Roslee sayu rindukan murid

Suara hati Cikgu MFS mendapat 16K tanda suka, 1.8K komen dan 4.6K perkongsian, ramai ibu bapa sebak