GURU Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Puteri, Batu Pahat, Johor, Ustazah Aminah Mat Yusoff berkongsi enam teknik mengajar yang boleh dijadikan panduan buat semua guru.

"Saya cukup tertarik dengan teknik mengajar dari blog psikologi Indonesia. Saya alih kepada bahasa ibunda secara ringkas dan padat moga dapat sama-sama kita manfaatkan," katanya menerusi laman facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff.

1) Honesty

Guru mendidik pelajar untuk lebih berani menyatakan tidak tahu atau tidak faham dalam proses pengajaran yang dilaluinya. Semangat yang diberikan oleh guru membuatkan pelajar tidak silu mengakui kesalahannya dan kelemahannya.

2) Commenting on student question

Guru memberi pandangan atau komentar setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.

Keyakinan pelajar untuk menjawab soalan termasuk nilai afektif/murni yang perlu diberi penghargaan walaupun jawapan mereka tidak menepati kehendak soalan.

Tindak balas yang baik daripada seorang guru merupakan cara untuk meraikan keberanian pelajar di samping membetulkan kesilapan serta menambah pengetahuan pelajar.

3) Question and answer method

Teknik bertanyakan soalan dengan tujuan menarik perhatian pelajar supaya mereka lebih bersedia menerima ilmu yang bakal disampaikan oleh guru.

Suasana kelas yang tidak terkawal, bising dan haru biru dapat ditenangkan dengan beberapa soalan yang menarik daripada guru. Soalannya mesti berkaitan dengan tajuk yang akan mereka pelajari.

Secara tidak langsung pelajar akan merasa teruja untuk mengetahui maklumat yang terkandung dalam pengajaran guru pada masa itu.

4) Focus and point basis

Mengajar berdasarkan rumusan ataupun point penting untuk membantu pelajar cepat dapat dan tidak mudah lupa.

Jika guru memaparkan terlalu banyak tulisan dan ayat akan menyukarkan pelajar membezakan mana satukah isi penting.

Tulisan yang ringkas dan padat membantu pelajar memahami isi dan maksud dengan lebih jelas dan terperinci.

5) Self reflection

Memberi peluang pelajar yang bertanya soalan untuk memberikan jawapan supaya dapat mengasah pola pemikirannya.

Pelajar yang mengajukan soalan perlu diberikan peluang untuk menjawab persoalan berkenaan bertujuan untuk mendidiknya mencari solusi/jalan penyelesaian kepada persoalan yang ditimbulkan.

Kadang-kadang pelajar yang bertanya lebih tahu dan faham tentang maksud soalannya. Pendapat yang diberikan boleh membantu rakan-rakan yang lain menambah maklumat dan pengetahuan.

6) Reasoning and argumentation

Guru mengemukakan hujah dan alasan yang kukuh untuk memberi keyakinan kepada pelajar saat mereka berhadapan dengan tajuk-tajuk yang sukar difahami.

Guru yang hebat adalah guru yang cukup persediaan dan pengetahuan sebelum memulakan pengajaran.

Guru yang sentiasa bersedia akan menambahkan rasa hormat di kalangan.

Ajarilah pelajar sesuai dengan zamannya, kita bersaing dengan teknologi. Maklumat mampu diakses dalam sekelip mata oleh pelajar.

Guru yang sentiasa ikhlas, rasa ihsan, redha, bersemangat dan seronok dalam mendidik adalah guru yang paling bernilai.

Sumber: Facebook Aminah Mat Yusoff Yusoff

- Merupakan Guru Pendidikan Islam SK Seri Puteri, Batu Pahat, Johor

Artikel Menarik:

Guru ini naik angin bila murid hulur baldi merah padanya...rupa-rupanya baldi itu ada catatan rindu

Cerita sebenar di sebalik ‘selebriti’ kecil yang curi tumpuan ramai

Jangan tekan anak keterlaluan dalam pelajaran - Permaisuri