Lebih 20 bekas murid Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Sekolah Kebangsaan (SK) Chengkau berhimpun secara aman bagi membantah cadangan menukar nama sekolah berkenaan di hadapan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau, di sini, petang semalam.