Kami Anak Merdeka adalah sebuah video khas KEMERDEKAAN 2019 bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-62.

Seramai 23 pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar Selangor telah terlibat. Antaranya, SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, SMK Bukit Kapar Klang, SK Bukit Kapar Klang, dan SK Sungai Binjai, Meru Klang.