"Saya selalu pesan pada ibu bapa atau pelajar, jika anda ada masalah dengan sekolah, mohon hubungi pihak sekolah atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan jangan main 'serang-serang'," kata Hashim Anang, 54.

Beliau yang merupakan Mantan Yang Dipertua PIBG bagi SK Seksyen 19, Shah Alam (9 tahun) dan SMK Seksyen 19, Shah Alam (6 tahun) berkata, segala masalah boleh diselesaikan jika melalui saluran yang betul.