Keindahan seni kata sesebuah lagu dengan kisah dan mesej cuba disampaikan penulisnya memberi ilham kepada pelukis yang sedang meningkat naik ini untuk menterjemahkan maksud sama ada tersurat dan tersirat melalui karya lukisannya. Warna-warna yang  mendominasikan ruang  kanvas karyanya  itu seakan menceritakan semula plbagai kisah kehidupan, perasaan dan semangat bukan hanya bagi pelukis itu sendiri, tetapi mungkin turut dirasai  sesiapa sahaja yang menatap sesebuah karya dihasilkan itu.