Keluarga murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Senak yang menjadi mangsa tular kononnya memakai pakaian dan kasut buruk pada hari pertama persekolahan malu dengan penularan berita berkenaan.

Mazawati Ismail,42, berkata, dia hanya mengetahui mengenai gambar anaknya yang ditularkan, Nadia Natasha Ibrahim,12, selepas didatangi seorang guru sekolah anaknya petang kelmarin.