Pernah diserang penyakit ketika usia lima tahun sehingga gagal membuang air kecil mendorong kanak-kanak ini untuk berkhatan.

Bagi murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad, R. Shangkara Bhavan, 11, dia tidak takut untuk berkhatan kerana kawan-kawannya yang beragama Islam banyak memberi sokongan kepadanya.