Keselamatan jalan raya haruslah dititikberatkan oleh semua pengguna jalan raya. Patuhi undang-undang yang telah ditetapkan untuk mengelakkan bilangan kehilangan nyawa yang semakin meningkat pada zaman kini. Jangan takut akan polis, tetapi takutlah akan nyawa kita yang akan terkorban pada bila-bila masa. " Pandu Cermat Jiwa Selamat" . Jika semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah, nescaya, negara kita akan sentiasa berada dalam keamanan.