Semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini disarankan menggunakan Buku Panduan Pengurusan PIBG bagi memperkasa peranan PIBG di sekolah.

Exco Pendidikan, Datuk Ayub Rahmat berkata, buku panduan tersebut pertama kali diterbitkan di negeri ini dilihat mampu memberi panduan lengkap kepada pengurusan PIBG agar berfungsi dengan lebih berkesan.