BAGAI menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.

Itulah perumpamaan yang dikongsi Cikgu Jash Jafri yang kini mengajar di sebuah Sekolah Menengah Daerah Johor Bharu.

Menurutnya, perumpamaan atau peribahasa tersebut membawa maksud yang sangat mendalam.

“Perumpamaan itu bagai menggambarkan betapa sukarnya untuk memelihara keharmonian dan perpaduan di negara ini.

“Kerana perpaduan dan keharmonian di negara ini adalah visi atau sasaran yang penting yang perlu dicapai dan memerlukan usaha berterusan dari masa ke semasa,” katanya menerusi video berdurasi satu minit yang dihantar kepada GPS Bestari.com.

Sementara itu, bagi anda yang mahu melahirkan Ekspresi Menjiwai Rukun Negara, GPS Bestari dan Sinar Harian menganjurkan Pertandingan Video Kreatif ‘Ekspresi Menjiwai Rukun Negara’.

Hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM105,000 untuk dimenangi.

Guru-guru dan pelajar perlu rebut peluang ini.

GPS BESTARI mencari kumpulan yang berani dan berjiwa patriotik!

Pertandingan terbuka untuk semua sekolah di seluruh negara.

Anda boleh hasilkan apa sahaja karya asalkan memenuhi konsep JIWAI RUKUN NEGARA.

Perlu mengandungi mesej mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara cara hidup demokratik, negara yang makmur dan bersatu padu.

Terdapat DUA Kategori GPS Bestari, LIMA Kategori Sinar Harian dan SATU Kategori Khas

Hadiah

Kategori Sekolah Rendah

Tempat Pertama - RM10,000 + Trofi + Sijil

 

Kategori Sekolah Menengah:

Tempat Pertama - RM10,000 + Trofi + Sijil

 

Video pilihan juri - RM15,000 + Trofi + Sijil

 

100 penyertaan terawal akan menerima wang tunai sebanyak RM100

 

Penyertaan dibuka - 20 Februari 2020  

Tarikh tutup penyertaan - 13 April 2020

 

Cara penyertaan:

1. Rekod video berdurasi Tiga hingga Lima minit.

2. Muat turun logo di www.gpsbestari.com

3. Video yang lengkap dengan logo Reboot Jiwai Rukun Negara dimuat naik di media sosial masing-masing (pastikan akaun ‘public’) dengan #MalaysiaHarmoni #KitaLahMalaysia

4. Isi borang penyertaan online di www.gpsbestari.com dan sertakan link video anda.

5. Video anda akan dimuatnaik di www.gpsbestari.com.

6. Sedia untuk undi.

 

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia.

2. Setiap kumpulan wajib menggunakan BAHASA MELAYU dalam persembahan.

3. Durasi persembahan TIGA hingga LIMA minit.

4. Kandungan video tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

5. Hanya dibenarkan menggunakan instrumen/muzik ciptaan sendiri.

6. Penyertaan yang disertakan dengan borang sahaja dikira sah.

7. Semua video penyertaan adalah hak milik Sinar Karangkraf dan boleh digunakan bagi tujuan promosi.

8. Keputusan penganjur adalah muktamad  dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

9. Sebarang pertanyaan boleh hubungi GPS Bestari melalui facebook atau 0192802080 (Normi), 0189688178 (Sarina) dan 0196202418 (Eja).

 

Pemilihan pemenang

1. Pemenang utama dikira berdasarkan UNDI PALING TINGGI.

 

Penghakiman video pilihan juri

1. Konsep/Gaya/Susunan

- Video harus dalam susunan yang kemas dan tersusun, ada kesinambungan antara babak (continuity)

2. Kreativiti

- Penggunaan sudut dan komposisi kamera, efek suara atau muzk yang boleh membantu menarik perhatian.

3. Pengisian

- Subjek dalam video diperkenalkan dan dijelaskan mengikut pengertuan terma yang perlu diikut.

4. Kualiti

- Suara/bunyi seperti muzik dan dialog cukup jelas untuk didengari (seimbang), video dalam fokus yang baik, pencahayaan yang sesuai dan kestabilan klip (tak bergegar).

5. Ejaan

- Penggunaan teks, ayat, huruf, tatabahasa yang tepat.