RUPA itu bonus dan bakat adalah penting untuk terus berada dalam dunia pengacaraan mahu pun lakonan, itulah pendirian pemenang tempat ketiga Lawak Solo, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fikry.

Walaupun tidak gah seperti Nabil Ahmad dan Datuk Aznil Nawawi dalam bidang pengacaraan mahu pun komedi, anak muda kelahiran Kangar dan dibesarkan di Jitra, Kedah ini tetap memasang impian untuk berada sebaris dengan dua watak tersebut yang dianggap idola.

Berkesempatan menemubual Fikry yang hadir ke Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini dimanfaatkan sepenunya Sispan Maskulin untuk mengetahui kehidupannya selepas bergelar pengacara program kerohanian Gema Gegar Vaganza (GGV) bergandingan dengan Siti Nordiana dan Acey Bocey serta bidang lakonan.

Tetap utamakan pendidikan

Walaupun kini saya dilihat lebih cenderung dalam bidang pengacara dan lakonan namun pendidikan tidak dilupakan kerana menyimpan impian menyambung kembali pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.

Saya merupakan pemegang Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Walaupun kini saya sudah bergelar seorang selebriti tetapi saya ingin menghabiskan pengajian terebih dahulu.